Pasukan Kami

Group Agency Manager

Wong Mei Yee

Berlatar belakang pendidikan dalam bidang Juruteknik Arkitek selama 10 tahun beliau mula berjinak dalam industri ini setelah melihat kejayaan adiknya. Perjalanan selama 25 tahun dalam industri ini telah banyak memberi beliau pengalaman dan merangkul banyak anugerah dari Great Eastern antaranya ialah 15 kali Supremacy Award Qualifiers, 3 kali MDRT dan telah melahirkan 3 Unit Manager dan antaranya ialah Zaremi dan Zul. Bagi beliau,menjadi wanita bekerjaya yang bebas kewangan serta masa yang fleksibel sangat mahal kerana dapat memiliki masa yang berkualiti dan meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik.

Agency Manager

Zaremi Othman

Telah terlibat dalam industri ini sejak dari tahun 2004 saat usia beliau 22 tahun. Selama 15 tahun berkhidmat dalam industri ini, beliau telah berjaya mencapai tahap ke Pengurus Unit di Great Eastern Takaful Berhad. Berlatarbelakang pendidikan Diploma Elektronik Komunikasi beliau memilih untuk beralih ke bidang ini kerana yakin kerjaya ini adalah kerjaya masa hadapan. Dengan sifat berani inilah beliau telah mencapai kejayaan- kejayaan antaranya ialah Anugerah Master Sales Silver Award 2012′′ dan pada tahun 2020, dia telah dianugerahkan “15 years service Award” atas kesetiaan beliau dalam industri ini dan Dubai Award 2020. Prinsip beliau ialah untuk terus maju dan jadi nombor satu.

Zulkiffli

Beliau bermula dalam industri ini sejak tahun 2005 dan kini merupakan Pengurus Unit di Great Eastern Takaful Berhad. Beliau telah meraih kejayaan Superstar Award untuk 2017 & tersenarai dalam GETB Special Takaful Award Recognition Magazine 2017 dan Bali Award 2019. Artikel beliau bertajuk “5 Perkara Pelabur Hartanah inginkan dalam Insurans/Takaful” pernah dikeluarkan di dalam majalah Prospek Hartanah Malaysia keluaran Ogos 2014 yang merupakan majalah hartanah pertama dalam Bahasa Melayu. Beliau ingin melihat perunding-perunding takaful berjaya ke tahap yang lebih tinggi..

Unit Latihan & Rekrut

Roselyn Sia

Aktif dari 2020 sehingga kini

Zila Aziz

Aktif dari 2020 sehingga kini

Unit E&P

Rohaiza Abdul Aziz

Aktif dari 2020 sehingga kini

Hijri

Aktif dari 2020 sehingga kini

Unit Kebajikan

Ismail Altarok

Aktif dari 2005 sehingga kini