Tentang Kami

Industri Takaful adalah perniagaan yang sangat menarik, sentiasa berubah dan berkembang. Sesiapa pun yang masuk ke dalam industri ini akan komited kepada sebuah profesion yang berorientasikan perkhidmatan. Dengan memilih kerjaya ini sebagai sebuah platform berbeza dari kerjaya lain di luar, ia sebenarnya satu kerjaya murni dimana setiap ejen membina sebuah perlindungan kepada kewangan yang membawa kepada perubahan sebenar dalam kehidupan seseorang.

Kepakaran Greatworks adalah dalam menawarkan khidmat nasihat kepada bakal pelanggan yang ingin mengetahui dan mengenali tahap risiko dalam pengurusan kewangan mereka.

Melalui bimbingan Puan Wong Mei Yee, Pengurus Kumpulan Agensi kami, beliau telah berjaya melahirkan lebih 30 orang usahawan bumiputera yang aktif di Lembah Klang, Putrajaya dan juga Sabah Sarawak. 

Bahkan beliau juga telah berjaya melahirkan 2 orang Pengurus Unit dan ramai lagi bakal Pengurus Unit bagi memberikan tambah nilai kepada masyarakat di luar sana. Pada tahun 2025, Greatworks menyasarkan untuk melahirkan 100 orang usahawan di seluruh Malaysia.

“Great People Great World” adalah moto kumpulan kami yang mempunyai objektif untuk menyediakan lebih banyak peluang untuk sesiapa di luar sana dalam menyertai kami bersama-sama membina perniagaan berbentuk pendidikan ini.

Falsafah Greatworks

M entor
E Emosi dan Ilmu
S istem
T indakan
I mpian
B erani menghadapi cabaran
E fisien dan Efektif
R ekrut Pelapis Baru
J aringan silaturrahim (Networking)
A manah dalam setiap urusan
Y akin dan Tawakal usaha yang dilakukan
A da Nilai Tambah

Falsafah ini untuk memastikan setiap Perunding Takaful GW senantiasa positif dan memberikan sokongan antara satu sama lain. Komitmen yang di berikan oleh setiap ahli dalam pasukan adalah berdasarkan prinsip MESTI BERJAYA . Dengan adanya prinsip ini, hubungan antara ahli kumpulan akan sentiasa kukuh dan mampu berdaya saing serta mempunyai semangat jati diri yang tinggi.

Visi

Menjadi agensi No. 1 menawarkan khidmat nasihat yang ideal kepada masyarakat, kepentingan dan keperluan pengurusan risiko.

Misi

Menyediakan satu solusi kewangan utama di saat waktu diduga melalui perancangan pengurusan risiko.

Moto Kami